Monday 19 September 2016

PENGENALAN

Sebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan yang tersendiri. Begitu juga di dalam pengurusan islam, objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh sesebuah organisasi. Bagi memastikan sesebuah organisasi ini berjalan dengan lancar maka wujudnya  maqasid syariah yang merupakan matlamat umum syariah. Terdapat 5 matlamat atau pun objektif dalam  pengurusan islam. pertama ialah menjaga keselamatan agama iaitu  menjaga segala hukum yang terdiri daripada syariatullah dan sunnatullah. Syariatullah ialah segala hukum yang turunnya daripada Allah manakala sunnatullah atau (nature of  law)  iaitu hukum yang datang nya daripada manusia itu sendiri. Kedua manjaga keselamatan jiwa. Ketiga menjaga keselamatan akal contohnya pengharaman arak. Hal ini adalah untuk memastikan manusia dapat berfikir dengan akal yang sihat dan waras. Seterusnya matlamat yang keempat ialah menjaga keselamatan maruah. Sebagai contoh, kita hendaklah menjaga aurat untuk memelihara maruah dan menjauhi zina supaya kita dapat menjaga keselamatan maruah bagi memelihara keturunan. Dan yang terakhir ialah menjaga keselamatan harta. Islam tidak melarang kita untuk mencari harta tetapi sumber yamg diperolehi itu hendaklah halal dan jangan sesekali mendapatkan ia dengan cara yang salah seperti mengambil hak anak yatim kerana hukumnya adalah  haram.

No comments:

Post a Comment