Monday 19 September 2016

KESIMPULAN

Kesepaduan dan keseimbangan sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspek hukum- hakam bahkan juga dalam segala ciptaan Allah termasuk penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan bintang dan matahari. Semuanya bersifat sepadu dan seimbang.

Seimbang bermaksud sama berat atau tidak berat sebelah. Keseimbanganjuga dapat dilihat dari sudut rohani dan jasmani, dunia dan akhirat. Begitu juga dalam aspek peraturan dan undang-undang. la tidak mengatur kehidupan masyarakat dengan kekuatan undang-undang semata-mata dan juga tidak membiarkan ia disusun mengikut pemikran individu sahaja. Sebaliknya Islam menggabungkan antara kedua-duanya iaitu individu yang cintakan keharmonian dan undang-undang yang menjamin hak setiap orang tidak dizalimi.

Islam juga menjamin keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat supaya tidak ada satu hak pun yang teraniaya di antara kedua-duanya. Segala prinsip dan dasar syariah Islam yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. adalah bersifat tetap dan tidak boleh serta tidak akan berubah disebabkan oleh desakan atau sentunen mana-mana individu.. 

Syariah Islam merupakan satu dokumen perundangan yang lengkap, adil, menyeluruh dan merangkumi seluruh aspek yang bersangkutan dengan kepentingan manusia. Syariah Islam yang bercirikan rabbani ini sudah semestinya akan dapat menegakkan keadilan dalam sebarang pertikaian di antara sesama manusia di samping ianya sudah pasti dapat mengimbangi seluruh keperluan dan kepentingan manusia. Kepatuhan dan ketaatan kepada syariah Islam sudah tentu akan membawa kehidupan manusia kepada kebahagiaan bukan sahaja di dunia bahkan akan berpanjangan di alam akhirat. 

1 comment:

  1. saya minta izin copy ayat ya. terima kasih banyak-banyak:)

    ReplyDelete